Tempat Menarik di Ampang

Assalamualaikum dan Hai semua…

Selamat Datang ke Car Rental Ampang Dot Com

Buat yang baru pertama kali menjejakkan ke Ampang, berikut adalah sedikit panduan untuk anda untuk bersiar-siar makan angin di Ampang. Untuk maklumat semua, Ampang terpecah kepada dua, ada yang beralamatkan Kuala Lumpur, ada yang beralamatkan Selangor.

Jom kita tengok apa yang ada di Ampang:

1. Tesco Ampang

Ia terletak di Pandan Prima, bersebelahan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Banyak juga kedai makan best di dalam Tesco. KFC, Pizza Hut, Secret Recipe, Selera Bonda Linda On dan banyak lagi. Kedai buku Popular pun ada. Untuk ibu bapa, boleh bawa anak-anak bermain di kawasan permainan berbayar yang disediakan.

Berdekatan Tesco, ada Petronas yang menjadi tumpuan pemandu untuk berehat dan mengisi minyak. Tandas dan surau kecil juga disediakan. Sebelah kedai Mesra Petronas, ada Burger King. Nyam nyam.

2. Ampang Point

Kompleks beli belah ini antara yang besar di Ampang. Terletak bersebelahan dengan Hotel De Palma Ampang, ia mempunyai banyak kedai menarik dan berjenama. Harvey Norman, Spotlight ada di sini.

3. Juara Soto

Sesuai dengan namanya, Soto yang dijual amat sedap dan menjadi kegemaran ramai. Ia terletak di Jalan F, Kampung Pandan Dalam, Ampang. Biasanya, ia beroperasi pada waktu pagi di Pasar Muhibbah Taman Nirwana manakala di Jalan F pada waktu malam.

4. Taman Tasik Ampang Hilir

Ia juga terletak sebelah MRR2, berhampiran bangunan kedutaan negara-negara luar. Taman ini ada beberapa pintu masuk. Trek lariannya sejauh lebih kurang 3km satu pusingan, tapi bukanlah pusingan penuh, perlu patah balik apabila sampai di hujung.

Tapak permainan kanak-kanak pun ada, biasanya penuh pada waktu petang. Ada juga yang jual bubble dan aiskrim. Untuk kaki pancing, tunggulah pertandingan memancing diadakan di tasik ini, biasanya setahun sekali.

5. Bukit Ampang (KL View)

Ia terletak tak jauh dengan Ampang, perlu melalui Jalan Hulu Langat, menuju Batu 14 Hulu Langat. Dari situ, pemandangan Kuala Lumpur kelihatan jika cuaca cerah dan juga pada waktu malam. Banyak gerai jualan di tepi jalan bermula waktu petang hingga tengah malam.

6. Dagang Avenue

Ini satu lagi temput tumpuan untuk makan malam. Banyak restoran dan kedai makan. Ada Wong Solo, Nasi Lemak Mek, Seafood dan sebagainya. Satay, burger bakar, kerang bakar dan char koey teow pun ada. Masjid pun tak jauh dari sini.

7. Pandan Capital

Sama seperti kompleks beli belah yang lain, Pandan Capital yang terletak berhadapan Menara MPAJ mempunyai banyak kedai barangan dan makanan. Ada juga kedai ayam goreng ala-ala KFC iaitu Uncle Jack di pintu masuk pasar raya Giant dalam bangunan ini. Kedai DIY pun ada. Padang MPAJ ada bertentangan jalan besar.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Ampang yang tak dapat disenaraikan kesemuanya di sini. Antara kelebihan Ampang ialah ia terletak tak jauh dengan pusat bandar Kuala Lumpur. Zoo Negara, Taman Tasik Titiwangsa, Perpustakaan Negera dan KLCC semuanya juga tak jauh dengan Ampang.

Paling penting, kemudahan awam seperti LRT amatlah memudahkan orang awam untuk bergerak ke sana sini.

Sekian sahaja perkongsian kali ini.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.