Iklan Latihan Industri di Green Matrix Ampang

IKLAN LATIHAN INDUSTRI DI GREEN MATRIX AMPANG

Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan, pengurusan, sumber manusia, komunikasi, media, pentadbiran, fotografi, grafik, pengiklanan dan bidang berkaitan adalah dipelawa untuk menjalani latihan industri di Green Matrix Ampang.

Syarat-Syarat Umum

1. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
2. Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian bidang-bidang berkaitan di IPT/Politeknik dalam dan luar negara;
3. Latihan praktikal/industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
4. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.90 pada semester terkini;
5. Tempoh minimum latihan industri adalah tiga (3) bulan;
6. Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
7. Memiliki lesen memandu dan kenderaan sendiri; dan
8. Menjaga solat lima waktu dan tidak merokok.

Urusan Kebajikan Pelajar Dalam Tempoh Latihan

1. Kadar pembayaran elaun adalah sebanyak RM20.00 sehari;
2. Pelajar akan diberikan tunjuk ajar sepanjang tempoh latihan;
3. Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu;
4. Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan;
5. Pelajar tidak layak dibayar bayaran lebih masa;
6. Pelajar tidak layak mendapat apa-apa elaun, kemudahan cuti, rawatan perubatan dan kemudahan lain yang layak diterima oleh kakitangan biasa.

Dokumen Permohonan

Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan menjalani latihan industri di Green Matrix Ampang adalah:

1. Surat Permohonan Pelajar;
2. Surat Pengesahan Menjalani Latihan Industri daripada IPT/Politeknik;
3. Resume.

Dokumen-dokumen seperti di atas adalah diperlukan bagi memudahkan urus setia membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Permohonan latihan industri yang lengkap dan layak dipertimbangkan hanya setelah KESEMUA DOKUMEN yang diperlukan diterima oleh pihak urus setia.

Permohonan perlu dihantar melalui emel sahaja kepada alamat emel berikut:

firdaus@carrentalampang.com

Tawaran ini dibuka sepanjang tahun.

Berita Terkini: Carrentalampang.com kini wakil jualan Green Matrix di Ampang

 

Berita Terkini dan Berita Baik Untuk Anda!

Pihak Pengurusan Carrentalampang.com telah membuat keputusan untuk menyertai program licensing syarikat pelancongan yang terkenal iaitu Green Matrix Enterprise Travel and Tours Sdn Bhd.

Apakah kelebihan untuk anda?

  1. Perjanjian sewa kereta akan menggunakan borang perjanjian yang disediakan oleh pihak Green Matrix. Ertinya perjanjian ini sah di sisi undang-undang dan boleh diguna pakai dalam urusan rasmi.
  2. Pelanggan boleh memilih untuk mengambil perlindungan takaful (excess fee) dengan bayaran rendah bagi mengurangkan risiko sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
  3. Syarikat Green Matrix telah memiliki 22 cawangan di seluruh negara. Sekiranya anda mempunyai masalah ketika menyewa kenderaan kami di mana-mana lokasi, wakil Green Matrix berhampiran bersedia membantu menyelesaikan masalah anda dengan menukar kereta lain atau apa-apa tindakan lain sewajarnya.
  4. Yang paling penting adalah pasukan Carrentalampang.com kini telah mendapat latihan dan sentuhan daripada pihak Green Matrix bagi memastikan kualiti perkhidmatan kami ditingkatkan dari semasa ke semasa demi keselesaan dan kebahagiaan pelanggan kami.

Jadi, jangan terkejut jika borang perjanjian sewa nanti ada logo dan nama syarikat Green Matrix.

Sekian sahaja untuk kali ini. Kita berjumpa lagi!

Selamat memandu ke destinasi.
Salam sayang daripada Pihak Pengurusan Carrentalampang.com.
3 Mac 2018.

#GreenMatrix
#YourTravelSolution