New Price: Vellfire RM400 per day

Hi guys.

Have a great day!

New information about our latest rental price for Toyota Vellfire.

Only RM400 per day. Grab it now!

Whatsapp here for booking: www.wasap.my/601111444212

New Service: Private KLIA Transfer

Hi guys.

Now we are offering new service: Private KLIA Transfer

Other places are also available.

Just whatsapp Firdaus for booking: www.wasap.my/601111444212

HATI-HATI! Panduan kenal pasti scammer kereta sewa

TIAP kali musim cuti panjang sama ada cuti sekolah, cuti perayaan atau cuti peristiwa, pastinya ramai akan mula menyusun jadual cuti untuk pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga tersayang.

 

Permintaan kepada perkhidmatan kereta sewa bertambah. Ini membuka peluang kepada golongan penipu dan scammer untuk menambah pendapatan haram mereka.

 

Hanya dengan membuka satu laman Facebook (FB Page), mereka boleh memancing puluhan mangsa yang mencari kereta sewa tanpa usul periksa.

 

Scammer ini mungkin tidak minta duit deposit atau duit booking dengan banyak, mungkin RM100 atau RM200, atau juga bayaran penuh termasuk duit sewa sehingga RM1,000. Setelah bayaran dibuat, serta merta mangsa disekat di whatsapp atau FB Messenger. Mudah bukan.

 

Pada musim cuti raya tahun lepas, saya sendiri mendapat aduan daripada tiga orang pelanggan yang mengatakan mereka sudah pun tertipu, tetapi terpaksa menyewa di syarikat lain kerana terdesak untuk pulang ke kampung.

 

Jadi, bagi mengelakkan anda daripada menjadi mangsa scammer kereta sewa ini, berikut saya cadangan beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil:

 

Selidik laman FB. Baru dibuat atau sudah lama. Lihat posting-posting lama, meyakinkan atau tidak. Lakukan carian nama page.

 

Lihat juga blog dan laman web. Jika ada maklumat lengkap dan meyakinkan, maka mungkin ia boleh dipercayai.

 

Semak nombor telefon yang tertera. Lakukan carian di google dan FB.

 

Ketika berhubung melalui whatsapp, tanya apakah syarat-syarat dan peraturan sewa. Syarikat yang legit mempunyai syarat dan peraturan yang terperinci. Mereka tidak akan sambil lewa mengenai syarat dan peraturan.

 

Bayaran booking dan deposit juga mestilah masuk akal. Perkara ini subjektif dan berbeza mengikut syarikat.

 

Bayaran sewa yang terlalu murah juga sepatutnya menimbulkan keraguan. Biasanya syarikat yang sudah lama beroperasi, tidak akan menawarkan harga terlalu murah kerana mereka terikat dengan banyak kos operasi. Hanya individu yang baru berjinak dengan bisnes kereta sewa yang meletakkan harga rendah kerana mereka nak duit cepat dan tidak berfikir panjang mengenai kos kereta sewa.

 

Ikutlah naluri hati anda. Jika ketika berhubung ada perkara yang meragukan, maka berhentilah daripada melakukan transaksi. Apabila sudah tersalah transfer duit kepada scammer, walaupun RM10, perasaan sakit hati itu sukar untuk dirawat.

 

Minta resit dan borang perjanjian sewa. Jika ini tiada, ia adalah salah satu perkara yang anda perlu persoalkan.

 

Sama-sama kita berdoa agar tidak ditipu scammer kereta sewa. Kepada para scammer, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka.

 

Firdaus carrentalampang.com
011-11444212