Iklan Latihan Industri di Car Rental Ampang Dot Com
IKLAN LATIHAN INDUSTRI DI CAR RENTAL AMPANG DOT COM
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perniagaan, pengurusan, sumber manusia, komunikasi, media, pentadbiran, fotografi, grafik, pengiklanan dan bidang berkaitan adalah dipelawa untuk menjalani latihan industri di Green Matrix Ampang.
Syarat-Syarat Umum
1. Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
2. Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian bidang-bidang berkaitan di IPT/Politeknik dalam dan luar negara;
3. Latihan praktikal/industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
4. Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.90 pada semester terkini;
5. Tempoh minimum latihan industri adalah tiga (3) bulan;
6. Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
7. Memiliki lesen memandu dan kenderaan sendiri; dan
8. Menjaga solat lima waktu dan tidak merokok.
Urusan Kebajikan Pelajar Dalam Tempoh Latihan
1. Kadar pembayaran elaun adalah sebanyak RM20.00 sehari;
2. Pelajar akan diberikan tunjuk ajar sepanjang tempoh latihan;
3. Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu;
4. Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan;
5. Pelajar tidak layak dibayar bayaran lebih masa;
6. Pelajar tidak layak mendapat apa-apa elaun, kemudahan cuti, rawatan perubatan dan kemudahan lain yang layak diterima oleh kakitangan biasa.
Dokumen Permohonan
Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan menjalani latihan industri di Green Matrix Ampang adalah:
1. Surat Permohonan Pelajar;
2. Surat Pengesahan Menjalani Latihan Industri daripada IPT/Politeknik;
3. Resume.
Dokumen-dokumen seperti di atas adalah diperlukan bagi memudahkan urus setia membuat pertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengajian. Permohonan latihan industri yang lengkap dan layak dipertimbangkan hanya setelah KESEMUA DOKUMEN yang diperlukan diterima oleh pihak urus setia.
Permohonan perlu dihantar melalui emel sahaja kepada alamat emel berikut:
firdaus@carrentalampang.com
Tawaran ini dibuka sepanjang tahun.
Sewa Kereta Seminggu? Sewa Kereta Sebulan?
Assalamualaikum semua. Nak Sewa Kereta Seminggu? Sewa Kereta Sebulan?
Hari ini saya saja-saja menekan butang ‘search’ di google dengan kata carian ‘kereta sewa ampang’.
Alhamdulillah, laman web carrentalampang.com muncul di halaman pertama hasil carian (first page result) dan berada di ranking ketiga di antara ratusan laman web lain.
Kiranya hebat la kan.
Carrentalampang.com sudah beroperasi sejak Julai 2016 dan kini mempunyai hampir ribuan pelanggan.
Kami menawarkan khidmat sewaan kereta terbaik sama ada sewa kereta sehari, seminggu, sebulan atau setahun.
Harga boleh dirunding. Lagi lama anda sewa, lagi banyak diskaun kami boleh berikan.
Apa yang lebih menarik ialah, penghantaran kereta percuma jika anda tinggal di Ampang. Free Delivery.
Prosedur tempahan kereta juga mudah.
Pertama, isi borang tempahan di pautan www.carrentalampang.com/bookingform
Kedua, berikan gambar 3 dokumen penting iaitu kad pengenalan, lesen memandu dan business card.
Terakhir, buat bayaran sewa ke dalam akaun syarikat. Bayar ketika ambil kereta pun boleh.
Sekian sahaja perkongsian kali ini.
Hubungi terus 011-11444212 untuk tempahan kereta anda.