Kembali Beroperasi!

Car Rental Ampang kembali beroperasi sejak 4 Mei 2020.

Sila berhubung terus dengan team kami di talian 011-11444212 untuk bertanya soalan dan tempahan kereta sewa.

Still available:

  1. Vellfire (RM600 per day)
  2. Triton (RM250 per day, RM150 per job)
  3. Alza (RM180 per day)
  4. Honda Jazz (RM180 per day)
  5. Bezza (RM150 per day)
  6. Myvi 1.5 (RM150 per day)
  7. Myvi 1.3 (RM130 per day)
  8. Axia Auto (RM130 per day)
  9. Axia Manual (RM110 per day)

All prices negotiable.

Okay, thanks.

Terima kasih Puan Ayu dari Indonesia

BARU-BARU ini, kami menerima tempahan sewa kereta daripada tetamu dari negara jiran, Indonesia.

Menariknya, Puan Ayu, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Jepun.

Ok, best! Indonesia kahwin dengan orang Jepun.

Terima kasih kepada Puan Ayu kerana menyewa Myvi biru kami selama 5 hari.

Jumpa lagi! Sampai jumpa!

Firdaus
011-11444212
www.carrentalampang.com
www.askfirdaus.com

 

Macam mana rasanya sewa kereta ya, sama tak dengan pinjam kereta kawan?

Assalamualaikum and Hello everyone…

Ada orang bertanya, bagaimana rasanya menggunakan perkhidmatan kereta sewa? Ada beza ke dengan naik Grab atau pinjam kereta orang?

Haaa…bagus soalan ni.

Ok let me explain this…

Apabila kita menyewa kereta dengan mana-mana syarikat kereta sewa, kita akan diberikan kereta bersesuaian dengan model apa yang kita nak, harga yang telah dipersetujui, masa dan tempat yang kita mahukan.

Kalau kita nak kereta Myvi, maka dapatlah kita kereta Myvi. Kita pun pandu kereta tu dan kita akan dapat rasa bagaimana bestnya memandu Myvi.

Begitu juga dengan kereta-kereta lain.

Jadi apa bezanya sewa kereta dengan pinjam kereta kawan atau kereta mak ayah atau kereta saudara mara?

Bezanya ialah kalau kereta kawan, mak ayah, saudara mara, mahupun jiran tetangga, kita boleh dapat guna percuma. Tanpa bayaran.

Tapi pandai-pandailah ya, orang berbudi, kita berbahasa. Gunalah kereta tu elok-elok, pulangkan dalam keadaan sama seperti asal dan kalau nak terbaik, basuhkan dan isi minyak penuh-penuh.

Baru la tersenyum pemilik kereta tu, berbaloi dia bagi pinjam percuma, pahala dia dapat, kereta bersih dan wangi, tangki minyak penuh pun dapat. Lain kali, boleh dia bagi pinjam lagi. Kan.

Berbeza sedikit dengan kereta sewa. Sudah tentu, kita mesti bayar harganya. Kita juga mesti ada perjanjian bertulis dengan pihak syarikat. Kena baca dengan terperinci bagi memudahkan jika berlaku apa-apa dalam tempoh sewaan.

Kalau berlaku pada kereta pinjam, kita mesti bertanggungjawab kan. Sama juga dengan kereta sewa, kalau berlaku apa-apa, kita tahu apa nak buat, tahu apa hak kita selaku penyewa, hak syarikat dan lain-lain kerana semuanya telah termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangani bersama.

Penyewa akan lebih disayangi pihak syarikat sekiranya kita memenuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan. Apatah lagi kalau kereta dipulangkan dalam keadaan bersih siap dibasuh dan tidak ada calar-calar pada badan kereta. Lain kali sewa, ada potensi dapat diskaun!

Ok, setakat ini dahulu perkongsian saya kali ini. Hubungi carrentalampang.com di talian 011-11444212 jika anda memerlukan kereta sewa.

Bye bye dan Assalamualaikum.