Ada rakan bertanya, bagaimana bisnes kereta sewa? Ada demand lagi tak?

Saya jawab, semestinyalah ada. Ramai orang nak sewa kereta sekarang ini, tambah-tambah di hujung minggu dan cuti umum. Tak lama lagi cuti sekolah dua minggu. Ramai sudah buat tempahan awal. Selepas itu, ada Raya Haji pula.

Pendek kata, permintaan itu sentiasa ada.

Ada pula rakan pengusaha kereta sewa berkata, permintaan itu masih ada, tapi tidak serancak dahulu. Jika dulu, orang sewa hujung minggu dua tiga hari. Tapi sekarang, ramai yang mahu sewa hanya satu hari. Bahkan, ada yang mahu setengah hari sahaja. Maklumlah, semua orang sedang berjimat sekarang.

Betul, keadaan itu juga tidak saya nafikan.

Bergantung kepada perancangan kewangan masing-masing. Jika besar, maka banyaklah jumlah hari sewaan. Jika kecil, maka kecillah.

Perkara utama yang saya ingin sampaikan di sini ialah permintaan terhadap kereta sewa masih ada dan tinggi. Akan tetapi, pelanggan memang betul-betul memilih syarikat pengusaha yang dipercayai. Bahkan mereka sanggup bayar mahal asalkan kereta yang disewa itu bersih, baru dan kurang risiko rosak ketika disewa.

Semua ini kemahuan pihak pelanggan yang harus dipenuhi pengusaha kereta sewa. Ya lah, siapa nak bayar untuk sewa kereta rosak kan.

Kalam akhir, kepada pelanggan, carilah syarikat pengusaha kereta sewa yang dipercayai dan bukannya penipu dan scammer.

Kepada rakan pengusaha kereta sewa, berusahalah sebaik mungkin menjaga kualiti perkhidmatan kita untuk kelestarian perniagaan.

Salam perjuangan!

Firdaus
019-2800023